PAS dalam APU Angkatan_Perpaduan_Ummah

Dato Fadzil Mohd Noor selaku Presiden PAS setuju bergabung dengan S46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah yang nampaknya lebih Islamik. PAS enggan bergabung dengan DAP kerana dasar DAP secara terang-terang dan konsistan menolak pemerintahan Islam.

Ramai juga yang membantah penyatuan PAS dengan APU. Antaranya ialah cikgu Musa Salleh (bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh) dan Wan Ismail Wan Ahmad, bekas AJK Dewan Ulama Pas Kelantan.Mereka menuduh Pas telah lari daripada prinsip perjuangan asal sejak penubuhannya pada 1951 kerana bergabung dengan Semangat 46 yang dianggap parti sekular sama seperti UMNO. Kumpulan itu menggelar mereka sebagai 'Pas 51' sebelum ditukar kepada Islah. Cikgu Musa kemudian menubuhkan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). [1]